Friday 24 January 2014

Tahun Melawat Malaysia 2014

Siapa kata negara Malaysia yang kecil ini tiada tempat2 yg menarik utk dikunjungi dan dilawati?semestinya sebagai rakyat Malaysia saya berbangga kerana di negara ini terdapat beberapa tempat yg mampu menandingi kehebatan tempat2 menarik di luar negara.Contohnya di negeri Sabah yg mempunyai pulau2 yg cantik dan gunung tertinggi di Malaysia iaitu Gunung Kinabalu, di Pahang terdapat taman negara yg sudah berusia ribuan tahun dan juga di Sarawak yg mempunyai gua terbesar di dunia iaitu Gua Mulu.

Justeru itu,sebagai warganegara Malaysia saya tidak terkecuali utk mengunjungi tempat2 yg menarik di tanah air sebagai tanda menyokong program Tahun Melawat Malaysia 2014.